Halang tugas penjawat awam dikenakan tindakan tegas – KPN

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua individu yang menghalang tugas dua penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh yang viral di media sosial sejak Khamis.

“Tindakan sedemikian jelas menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan juga berunsurkan gangguan seksual.

“Jadi saya menasihatkan orang ramai tidak sesekali cuba hendak buli penguat kuasa wanita yang menjalankan tugas kerana kami sudah pasti akan mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr. Abdul Aziz

Awang Darus berkata, pihaknya ada menerima laporan polis berhubung kes itu. – Bernama

Related Articles