Hadkan tempoh pegang jawatan PM: Tun Mahathir boleh, Najib tidak, kata Mukhriz

Naib Presiden BERSATU, Datuk seri Mukhriz Mahathir berkata tempoh 10 tahun itu perlu bagi mengelak krisis pentadbiran sekarang berulang.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis Malaysia Bersatu bersama Mukhriz di Shah Alam, kelmarin.

“Tapi lepas ini mungkin ada yang menyatakan Tun Mahathir dulu 22 tahun memegang jawatan perdana menteri tak apa pun, tapi zaman itu boleh kot, zaman sekarang ini mungkin kita dah terkena dengan Najib.

“Maka, lepas ini biarlah seorang PM memegang jawatan itu untuk 10 tahun sahaja. Jika cadangan ini menjadi kenyataan mustahil untuk berulang isu skandal 1MDB, SRC dan derma RM2.6 bilion,” katanya.

Tambah Mukhriz, yang juga ADUN Ayer Hitam berkata tempoh had bagi setiap pemegang jawatan dalam parti juga perlu dilaksanakan.

“Dalam parti, seseorang itu hanya boleh memegang jawatan selama tiga penggal, iaitu maksimum sembilan tahun. Dengan ini, ia akan memberi peluang kepada muka baru untuk masuk parti,” katanya. – Tamil Malar

Related Articles