14
Perkara itu disahkan Setiausaha Politik Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, dalam satu kenyataan sebentar tadi.
“Alhamdulillah Tuan Guru Presiden yang kita kasihi telah keluar dari wad hospital pada pagi ini, Khamis, 6 Oktober 2016.
“Pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan berpanjangan buat Tuan Guru supaya dapat terus memimpin ummah,” katanya.
Terdahulu Hadi dimasukkan ke IJN sekitar jam 5.30 petang, Sabtu lalu dan menerima rawatan susulan selepas dilaporkan tidak sihat dan terpaksa mengehadkan masanya menghadiri program yang dijadualkan.