Hadi Awang “Man of the year”

by SM Amin

Menerusi keputusan PRU12, Anwar telah menubuhkan PR. Bagaimanapun selepas beliau dipenjara semula, Presiden PAS, Hadi Awang yang dulunya kurang dikenali, bukan sahaja telah memusnahkan PR malah secara langsung menyebabkan keadaan politik negara menjadi kucar-kacir. Boleh dikatakan pemimpin utama kini bukan lagi ketua BN, Najib.

Jika melihat pada gaya politik Hadi Awang hari ini yang telah menunjukkan perangai sebenarnya, bermakna selama bertahun-tahun ini beliau hanya berlakon! Bagaimana Hadi Awang selama ini boleh menurunkan egonya untuk bekerjasama dengan musuh politik, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng?

Hadi Awang telah mengumumkan perpisahan dengan DAP, sekali lagi puak konservatif mengungguli pilihan raya parti dan memegang sebahagian besar kuasa pentadbiran parti membuatkan kumpulan yang tewas terpaksa memilih keluar daripada PAS. Dengan mempergunakan hudud, “bermain mata” dengan UMNO dan sebagainya, Hadi Awang adalah pencetus kepada pergolakan politik di Malaysia.

Boleh dijangka, pengundi bukan Islam yang telah mengundi PAS sejak dua penggal PRU yang lepas, pasti akan menghilangkan diri. Bagaimana PAS dengan gaya konservatif di bawah pimpinan PAS akan memenangi PRU14, merupakan topik perbincangan yang sangat menarik!

Walaupun kesetiaan anggota PAS jauh melebihi UMNO, namun dalam keadaan PAS “bertempur sendirian”, bagaimana Hadi Awang boleh meramalkan bahawa keputusan PRU kali ini adalah lebih baik daripada yang lepas? Hadi Awang bukan Anwar Ibrahim kerana sebelum PRU12, Anwar telah memberi tamparan hebat kepada BN. – Kwong Wah Yit Poh

Related Articles