⁠⁠⁠Guru perlu kawal emosi berkait isu displin pelajar

Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk P. Kamalanathan berkata, tanggungjawab sebagai guru amat berat kerana bukan sahaja memberi ilmu tetapi membentuk akhlak pelajar.

“Bukan semua orang boleh jadi guru, bila kita dipanggil guru kita menggalas tanggungjawab besar jadi kawalan emosi sangat penting dalam mengambil tindakan terhadap pelajar.

“Di sekolah anak-anak ada banyak ragam, ada yang baik, ada yang nakal malah ada yang terlalu nakal. Bila kita ambil tindakan kena maklumkan juga kepada ibu bapa,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kejadian seorang pelajar perempuan sebuah sekolah di Tanah Merah yang didakwa ditampar seorang ustazah.

Sebelum itu beliau menghadiri taklimat Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan (3K) bersama guru besar dan pengetua sekolah seluruh negeri di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Tunjong di Kota Bharu.

Turut hadir, Pengarah JPN Kelantan, Datuk Ab. Aziz Abdullah. – Kosmo! Online

Related Articles