Beliau berkata peraturan tersebut akan melibatkan semua pusat asuhan dan prasekolah di bawah agensi kerajaan dan swasta.
“Tempoh berkenaan diberikan bagi membolehkan guru sedia ada yang belum memiliki kelulusan peringkat diploma atau mereka yang berminat untuk mendapatkannya (diploma pendidikan awal kanak-kanak),” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Kubang Kerian, di Kota Bharu pada Jumaat.
Mahdzir berkata setakat ini peraturan tersebut dilaksanakan di peringkat prasekolah di bawah kementerian dan agensi lain seperti Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional.
“Kita hendak selaras bukan sahaja dari segi kurikulum tetapi dari segi profesionalisme perguruan kerana pendidikan awal iaitu pada usia seawal tiga tahun adalah amat penting bagi seseorang kanak-kanak,” katanya.
Sementara itu Mahadzir mahu Jabatan Pendidikan Negeri dan sekolah melaksanakan program yang boleh menyemarakkan Sambutan Bulan Kemerdekaan.
Beliau berkata selain mengibar bendera Jalur Gemilang, program lain bagi membangkitkan semangat patriotisme dan cintakan negara seperti pertandingan bahas dan pengkisahan sejarah boleh diadakan.
Beliau berharap Sambutan Bulan Kemerdekaan mulai 16 Ogos ini akan mendapat sambutan warga pendidik dan pelajar. – Bernama