Guan Eng tidak perlu cuti, tuduhan rasuah perkara biasa, kata Tun Mahathir

by SM Amin

Susulan daripada itu kata Tun Mahathir, Lim Guan Eng tidak perlu bercuti sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang sementara menunggu siasatan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

“Sangat mudah untuk menuduh seseorang itu merasuah. Saya juga dituduh melakukan rasuah.

“Tetapi jika saya perlu berhenti melakukan kerja, ia akan menyusahkan,” katanya sambil menegaskan siasatan perlu dijalankan mengikuti proses yang sepatutnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Putrajaya pada Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai agenda seterusnya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tun Mahathir berkata beliau bersedia untuk berjumpa dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

“Belum ada (berjumpa dengan Wan Azizah). Kalau dia nak, boleh. Saya terbuka. Tujuan saya satu, untuk jatuhkan Najib.

“Hari ini perjuangan kita terhad kepada satu sahaja untuk menjatuhkan Najib. Untuk jatuhkan Najib, dengan sesiapa pun saya bekerjasama termasuk (Lim) Kit Siang,” katanya.

Related Articles