21
Naib Presiden MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, jika situasi itu berlaku ia membawa makna parti pembangkang bersetuju untuk menyokong PAS melaksanakan Hudud.
“Sebagai membuktikan tiada sebarang hubungan dengan PAS, DAP harus mengarahkan PKR dan Amanah tidak berpakat semula dengan PAS menerusi apa jua kerjasama politik atau sosial,” katanya.
Tambah beliau sekiranya gesaan DAP itu tidak diendahkan kedua-dua parti pembangkang itu, maka DAP perlu memutuskan hubungan dengan PKR dan juga tarik balik kerjasama dengan PPBM yang diterajui Tun Mahathir.
Terdahulu Khalid Samad dari amanah mendakwa PAS cuba memecahkan Pakatan Harapan. – Tamil Nesan