11
Perkara itu dimaklumkan Guan Eng pada sidang media sempena Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri di Georgetown, sebentar tadi.
Guan Eng berkata, mesyuarat hanya membabitkan kepemimpinan tertinggi Parti Amanah Negara (PAN) di Sungai Besar, Selangor.
“Pakatan tidak ada mesyuarat berhubung PRN hari ini, hanya PAN yang akan bermesyuarat,” katanya.
Mengenai hasrat PKR bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi pilihan raya mengejut itu, Guan Eng enggan mengulas lanjut.
“Pakatan Harapan di Pulau Pinang hanya PKR, DAP dan PAN,” katanya.