Guan Eng jemput lagi Shabudin minum kopi esok

 
Katanya, beliau akan menunggu kedatangan wakil rakyat BN itu di tingkat 52 Komtar, jam 11 pagi esok.
 
Menurutnya, kenyataan Shabudin bahawa tanah itu dijual pada harga di bawah pasaran dengan syarat pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik adalah tidak benar.
 
“Ini berikutan pemaju telah mengemukakan permohonan cadangan pembinaan 27 lot rumah kedai di tanah itu kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) pada 28 Mac lepas … pelan yang dibentangkan pada 28 Mac 2016 adalah untuk 27 buah rumah kedai sahaja … tidak ada rumah.
 
“Saya akan tunjuk (pelan) pada Shabudin esok. Saya harap dia boleh datang,” katanya pada pada sidang akhbar di sini hari ini.
 
Semalam, Shabudin dalam sidang akhbar berkata Perda menjual tanah itu pada harga RM1.42 juta dengan meletakkan syarat kepada pemaju membangunkan lebih banyak rumah kos rendah dan mampu milik berharga antara RM42,000 dan RM72,000.
 
Guan Eng sebelum ini berkata mengikut penilaian Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), nilai keseluruhan tanah seluas 3.4 hektar adalah RM16.6 juta.
 
Sementara itu, Exco Perancangan Bandar, Desa dan Perumahan negeri, Jagdeep Singh Deo yang turut hadir pada sidang akhbar itu membidas kenyataan Shabudin bahawa kerajaan negeri tidak ikhlas dalam membantu Perda membangunkan perumahan rakyat di negeri ini.
 
Beliau berkata, pihaknya telah meminta Perda menyemak semula harga siling unit perumahan dalam setiap projek yang dimohon berikutan semakan mendapati ada unit perumahan yang dicadangkan melebihi harga siling seperti ditetapkan dalam garis panduan Perumahan Mampu Milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang iaitu RM250,000 di bahagian Seberang Perai dan RM400,000 di bahagian pulau.
 
Jagdeep berkata daripada tujuh permohonan yang dibuat oleh Perda, isu harga empat permohonan telah diselesaikan manakala dua ditangguh sementara menunggu laporan status tanah dan satu permohonan ditarik balik. – Bernama

Related Articles