Guan Eng enggan Pulau Pinang jadi Wilayah Persekutuan

Beliau berkata kenyataan berkaitan perkara itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah berunsur hasutan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Kami tidak bersetuju dengan cadangan itu. Pulau Pinang ialah sebuah negeri dalam persekutuan dan beliau (Tengku Adnan) mahu menghilangkan kewujudan kami mengikut lunas undang-undang.

“Seperti yang saya katakan, saya tidak akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang yang terakhir. Kami tidak akan menyerahkan Pulau Pinang,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan itu disifatkan sebagai hasutan kerana ia mengancam integriti dan perpaduan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh.

Lim juga berkata beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai cadangan itu, terutama sekali kerana tiada sebarang perbincangan dibuat mengenainya.

“Ini langsung tidak masuk akal dan saya terkejut bahawa beliau membuat kenyataan seumpama itu, terutama sekali tanpa berunding terlebih dahulu dengan negeri-negeri yang terlibat,” katanya. -Makkal Osai

Related Articles