Gua Musang mulai banjir, Penduduk di sekitar Sungai Golok diminta berjaga-jaga

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff berkata, sebanyak 11 keluarga di Kampung Limau Kasturi telah dipindahkan ke masjid kampung itu setakat ini.

Katanya, antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Limau Kasturi, Kampung Batu Dua, Bandar Lama, Kampung Kerinting, Kampung Pulau Setelu, Kampung Limau Kasturi dan Kampung Pulai.

Bagaimanapun katanya, air sudah mulai surut di beberapa kawasan bermula awal pagi ini.

“Para penduduk kini harus bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku banjir.

“Laluan ke Bandar Lama Gua Musang turut yang dinaiki air sejak awal malam tadi sudah surut dan boleh dilalui semua kenderaan,” katanya.

Beliau turut meminta orang ramai supaya mematuhi arahan pihak berkuasa yang dikeluarkan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Sementara itu, penduduk di sekitar Sungai Golok diminta supaya berjaga-jaga biarpun paras air yang berada padap tahap bahaya menunjukkan trend menurun sejak semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Mohd. Adni Ibrahim berkata, ini kerana keadaan semasa sukar untuk diramalkan kerana keadaan cuaca yang tidak menentu.

“Air di sungai ini masih lagi berada pada paras bahaya ketika ini.

“Pergerakan air surut ini agak perlahan memandangkan hujan masih turun di beberapa tempat,” katanya, memetik Utusan Online.

Related Articles