GST tidak membebankan, kata PM

Beliau, berkata negara seperti India bakal mengalami peningkatan drastik setelah mengenakan GST sehingga 23 peratus ke atas barangan tertentu bermula April.

“Jangan terpengaruh dengan dakwaan pembangkang bahawa GST membebankan.

“Kita perlukan GST sebagai wang yang akan digunakan untuk membiayai penjagaan kesihatan, membina sekolah-sekolah dan membantu mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan ulang tahun ke-60 Kelab Bell Belia Tamil pada Ahad.

“Semua orang meminta wang daripada Kerajaan. Jika kita tidak mempunyai GST, di mana hendak dapat wang untuk berikan kepada mereka? “tanya beliau.

Selain itu,beliau yang turut merasmikan Wisma Ceylonese yang bernilai RM3.3 juta berkata, rakyat Malaysia perlu teruskan budaya sambutan kepelbagaian.

“Kita perlu ingat bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia dan mesti cintakan negara ini tanpa melihat latar belakang etnik, agama atau budaya kita,” katanya.

Najib meminta rakyat untuk belajar daripada peperangan saudara selama 26 tahun di Sri Lanka yang telah meragut nyawa puluhan ribu.

“Di Sri Lanka, ia merupakan pertarungan antara dua kaum,” katanya.

“Tetapi kita mempunyai banyak kumpulan etnik India di Malaysia dan hidup agak aman kerana mengetepikan perbezaan dan meraikan kepelbagaian.” -mStar

Related Articles