Gerakan tentang RUU persendirian Mahkamah Syariah.

Presidennya, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam Perhimpunan Agung UMNO 2016 baru-baru ini bahawa kerajaan akan membincangkan berkaitan RUU355 itu.

“Kami menentang RUU355 yang telah dibawa dan dibentangkan Abdul Hadi Awang di Parlimen baru-baru ini, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Jika kerajaan Pusat mengambil alih RUU itu tetapi masih bercanggah dengan Perlembagaan, maka kami tetap akan menentang RUU itu daripada diteruskan,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dua minggu lalu telah bertemu dengan wakil rakyat beragama Islam untuk menerangkan tentang RUU yang dibawa Abdu Hadi pada 22 Oktober lalu.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Bagan Datoh turut membuat keputusan bahawa meminta Perdana Menteri menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen yang akan dianggotai wakil rakyat Islam dan bukan Islam bagi mengkaji RUU355 selepas ia dikemukakan di Dewan Rakyat untuk proses seterusnya nanti. – Tamil Nesan

 

Related Articles