Pengerusi Gerakan negeri, Teng Sang Yau berkata, tindakan kerajaan negeri yang mahu menyaman beliau kerana terus membongkar setiap kegiatan kerajaan Pakatan Harapan negeri itu sangat memalukan.
“Saya tidak akan berdiam diri atau takut dengan gertakan dia, Geraka tidak akan takut dan kami akan terus bongkar segala kegiatan kamu yang menipu rakyat di negeri ini,” katanya.
Tambahnya beliau bersedia berdepan tindakan undang-undang daripada kerajaan negeri kerana membongkarkan kepincangan kerajaan negeri dalam projek di Pulau Jerejak dan pelbagai pembangunan di negeri itu.
“Saya tidak akan takut dan menutup mulut kerana mereka. NGO juga harus berani mempersoalkan tindak tanduk kerjaan negeri dengan berani.
“Jika hari ini dia ugut mahu saman, esok anda (pemberita) dan lusa rakyat biasa juga akan mereka ugut, tapi takkan kita berdiam diri tanpa persoalkan kepincangan yang dibuat kerajaan negeri,” soalnya lagi. – Malaysia Nanban