Geng Baju Merah berhimpun depan pejabat Malaysiakini

Memetik laporan Malaysiakini, kumpulan itu, yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia, melaungkan ‘Merah, Merah’ dan ‘Hancur Soros’.

Jamal dan beberapa wakil gerakan berkenaan turut dibenarkan memasuki premis laman portal berkenaan dan menemui ketua pengarang kumpulan Malaysiakini Steven Gan.

Turut kelihatan kehadiran anggota polis.

Gerakan Baju Merah menukar lokasi demonstrasi mereka ke pejabat laman portal Malaysiakini di Petaling Jaya selepas gagal mendapat kebenaran daripada pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mereka menganjurkan demonstrasi di Dataran Merdeka pada 5 November depan.

Jamal berkata keputusan itu diambil memandangkan laman portal berkenaan turut menerima dana daripada George Soros.

Related Articles