Gempa bumi 6.7 magnitud melanda Indonesia

Bagaimanapun, tiada amaran tsunami di Malaysia.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan menerusi laman web yang dikemas kini jam 3.30 pagi ini menyatakan gempa berkenaan berlaku pada kedudukan 1.3 utara dan 126.5 timur.

“Ini adalah maklumat akhir yang dikeluarkan oleh jabatan mengenai gempa bumi ini melainkan jika ada perkembangan lanjut atau maklumat tambahan,” katanya.

Sementara itu, menerusi kenyataan MetMalaysia yang dikemas kini jam 6.45 pagi ini, ia menyatakan ribut petir yang berlaku di perairan Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor Barat, Sarawak (Kuching) dan Sabah (Kudat dan Sandakan) dijangka berterusan sehingga sebelum tengah hari ini.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Related Articles