Gempa bumi 4.0 gegar Ranau pagi tadi

Berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa bumi itu dikesan pada kedudukan 6.05 darjah utara, 116.59 darjah timur, 16 kilometer (km) di barat Ranau dengan kedalaman 10 km.

Gegaran akibat gempa bumi itu dirasai penduduk di sekitar Ranau.

Ia adalah gempa susulan paling tinggi setakat ini daripada 140 gegaran susulan melanda Ranau selepas gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada 5 Jun tahun lalu, memetik laporan Berita Harian.

Related Articles