Galaxy Note 7 ditarik balik

Samsung pada Jumaat mengesan masalah itu dan mengambil keputusan menghentikan penjualannya di 10 negara termasuk Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Bagaimanapun, syarikat berkenaan akan menawarkan produk baharu secara percuma dalam beberapa minggu lagi untuk menggantikan kira-kira 2.5 juta unit Note 7 yang telah terjual.

Panggilan semula telefon pintar secara besar-besaran menjejaskan perkembangan syarikat penghasil telefon pintar terbesar di dunia.

Note 7 dilancarkan bulan lalu dan pesaing terbesarnya, Apple pula bakal melancarkan telefon terbaharu mereka minggu hadapan. – CNN

Related Articles