Gagal kemuka penyata GST: Dr. Vida didenda RM80,000

Ia susulan kegagalannya mengemukakan penyata Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) berjumlah RM4.2 juta bagi tempoh 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu.

Hakim Murtazadi Amran turut memerintahkan pengasas Vida Beauty Sdn. Bhd. itu dipenjara 96 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Murtazadi menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Hasmiza, 45, atau lebih popular dengan panggilan Dr. Vida selepas tertuduh menukar pengakuan kepada bersalah atas tuduhan itu ketika kes disebut hari ini.

Bagaimanapun, Hasmiza kekal dengan pengakuan tidak bersalah bagi 16 lagi pertuduhan gagal membayar cukai berkenaan dan minta untuk dibicarakan.

Mahkamah menetapkan 30 Disember depan untuk sebutan semula kes itu, memetik laporan Utusan Online.

Related Articles