21
Gadis berusia 21 tahun bersama pasangannya, 23, ditahan kira-kira jam 11.30 malam oleh sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) Pantai Teluk Ketapang.
Pasangan itu kemudiaanya dibawa ke Balai Polis Gong Badak, Kuala Nerus, dan seterusnya diserahkan kepada penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Wan Mohd Wan Ibrahim berkata, pasangan yang masih berstatus pelajar itu ditahan selepas sepasukan SRS Pantai Teluk Ketapang yang membuat rondaan keselamatan menemui sebuah kereta bercermin gelap berada dalam keadaan mencurigakan.