Finas tetapkan mekanisme baru FFM

Mekanisme baharu ini diputuskan selepas pengumuman Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berhubung penyertaan semua filem Malaysia tanpa pengasingan bahasa dan kewujudan anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FFM 28.

Berikut adalah mekanisme baharu yang diperkenalkan FINAS:

* Bagi Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan, calon-calon akhir bagi kategori ini adalah lima filem daripada calon filem Terbaik FFM 28 yang menggunakan Bahasa Kebangsaan.

* Tiga kategori yang diumumkan sebelum ini iaitu Filem Terbaik (Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia), Pengarah Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) dan Lakonlayar Terbaik (Filem Bukan Di Dalam Bahasa Malaysia) adalah dimansuhkan.

* Calon-calon akhir bagi kategori yang dimansuhkan di atas secara automatik dipertandingkan bersama calon-calon sedia ada di dalam kategori Filem Terbaik FFM 28, Pengarah Terbaik FFM 28 dan Lakonlayar Terbaik FFM 28.

* Kategori-kategori lain di dalam FFM 28 dalah kekal dan tidak berubah. FINAS dalam kenyataannya menyebut perubahan itu diharap dapat memberi pencerahan dan menjana kepada kecemerlangan penganjuran FFM 28 dan diraikan dengan penuh semangat seluruh warga industri.

FINAS juga sedia memberi maklumbalas dari masa ke semasa berkaitan perkembangan penganjuran FFM 28. –BH Online

Related Articles