FFM wujudkan satu lagi anugerah baru

Menterinya, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kementerian itu turut mewujudkan kategori baharu Anugerah Filem Terbaik Bahasa Kebangsaan pada FMM anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pandangan dan cadangan semua pihak termasuk penggiat industri filem dan orang awam.

“Kita sentiasa mendengar keluhan rakyat terutama penggiat filem dan pada masa yang sama kita juga tidak mengabaikan tanggungjawab memartabatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan,” kata Salleh dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, pelbagai pihak termasuk Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam meminta Finas supaya tidak memisahkan kategori filem yang dipertandingkan pada FMM 2016.

Isu itu timbul berikutan keputusan Finas dan Persatuan Penerbit Filem Malaysia mewujudkan kategori filem dalam Bahasa Malaysia dan bukan dalam Bahasa Malaysia untuk dipertandingkan pada festival kali ini.

Filem ‘Ola Bola’ dan ‘Jagat’ yang dicalonkan bagi kategori filem terbaik bukan dalam bahasa Malaysia telah menimbulkan bantahan sebilangan penggiat filem tempatan. – Bernama

Related Articles