Teresa ketika berucap di Majlis Gerakan Selamatkan Malaysia sebentar tadi berkata atas sebab itu pemilik asal banglo tersebut memutuskan untuk menjualkannya kepada Guan Eng.
“Sebenarnya harga rumah (Guan Eng) tersebut lebih murah dari harga pasaran disebabkan Miss Phang rasa bangga dapat jual pada Ketua Menteri Pulau Pinang.
“Sebab pada dia feng shui rumah tersebut tidak bagus sejak Guan Eng masuk kerana banyak tunjuk perasaan malah pengkebumian Guan Eng diadakan di luar rumah tersebut,” katanya.
Selain itu, Teressa juga memberi alasan penjualan banglo tersebut dengan harga RM2.8 juta berbanding pasaran semasa RM6.5 juta kerana Lim Guan Eng dan Phang Li Koon adalah rakan.
“Itu perkara kecil tetapi mereka memperbesarkannya supaya kempen ‘Selamatkan Malaysia’ gagal mendapat tarikan,” ujarnya lagi.
Isu penjualan hartanah dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi itu menjadi kontroversi selepas selepas Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya mendedahkan banglo tersebut dijual lebih rendah dari harga pasaran semasa.
Ia lebih hangat diperkatakan umum apabila pemilik asal banglo mewah itu dilaporkan mempunyai kepentingan dalam projek pembangunan tanah kerajaan negeri di Taman Manggis.