Ezam sah sertai Bersatu

Menurut Ezam, beliau telah pun menemui pengerusi Bersatu Dr Mahathir Mohamad serta presiden parti tersebut Muhyiddin Yassin untuk membincangkang penyertaannya.

“Saya serah borang ahli parti kepada Muhyiddin pagi semalam. Sehari sebelum itu saya telah berjumpa Dr Mahathir,” katanya, memetik laporan Berita Daily.

Menurut Ezam, Dr Mahathir telah meyakinkan beliau bahawa perjuangannya menentang rasuah akan lebih berkesan sekiranya beliau meggunakan platform parti.

Ezam, 49, merupakan bekas setiausaha politik bekas ketua pembangkang Anwar Ibrahim ketika beliau berada dalam kabinet.

Beliau meninggalkan Umno kali pertama setelah Anwar dipecat pada 1998 dan merupakan ketua pemuda PKR yang pertama.

Beliau kemudiannya meninggalkan PKR untuk kembali ke pangkuan Umno pada tahun 2008, dalam era pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebelum ini, khabar angin mengatakan bahawa Ezam bakal kembali menyertai PKR untuk menguatkan kem presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau bagaimanapun menafikan perkara tersebut.

Related Articles