Chow Kon Yeow adalah EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir namun beberapa minggu kebelakangan ini, banyak banjir kilat berlaku di beberapa tempat di negeri Pulau Pinang. EXCO ini bagaimanapun hanya menggunakan alasan hujan terlampau lebat sehingga berlaku banjir. Nampaknya jawatankuasa yang dipimpin oleh Chow Kon Yeow ini sudah diisytihar gagal dalam menyelesaikan misinya.
Sudah jelas menunjukkan ia adalah disebabkan oleh pembangunan yang tidak terancang malah kerajaan negeri langsung tidak berhasrat untuk menambah baik sistem perparitan sehingga menyebabkan masalah banjir menjadi semakin serius. Ramai juga staf pejabat dan penduduk yang tinggal di kawasan perindustrian utama di Barat Daya Pulau Pinang.
Dahulu, apabila hujan lebat, Pulau Pinang hanya akan dilanda banjir di kawasan bandar, bagaimanapun kerajaan sebelum ini telah berusaha dan dapat menyelesaikan masalah tersebut. Bagaimanapun sekarang kawasan Seberang Prai sering berlaku banjir di sepanjang kawasan Barat Daya. Lumpur yang naik sehingga memenuhi jalan raya menunjukkan bahawa kawasan tersebut mempunyai banyak projek pembangunan.
Oleh itu, kerajaan negeri Pulau Pinang perlu segera menyelesaikan isu banjir setempat ini agar rakyat tidak lagi perlu menanggung keperitan menempuh banjir. Jadi, seorang yang diisytiharkan gagal dalam portfolionya kemudian dilantik oleh Lim Guan Eng sebagai pengganti, bagaimanakah tahap keyakinan rakyat terhadap kerajaan negeri setelah Chow Kon Yeow menjadi KM kelak? Adakah DAP sudah tiada calon yang lebih baik lagi? – Kwong Wah Yit Poh