Esscom siasat kes penculikan tujuh nelayan

Komander Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, pihaknya masih menyiasat mengenai perkara itu.

“Kami belum menerima maklumat yang sahih dan saya tidak boleh mengesahkannya buat masa ini,” katanya, memetik Kosmo Online.

Difahamkan, seramai tujuh nelayan termasuk pemilik bot diculik sekumpulan lelaki bersenjata.

Kesemua mereka dipercayai telah dilarikan ke selatan Filipina.

Related Articles