17
Ketika mengeluarkan ingatan itu, Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata, mereka yang telah mendapat kelulusan bertulis penggunaan letupan bunga api dan mercun, perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa termasuk polis serta Pos Kawalan Keselamatan Hadapan di daerah masing-masing.
Mereka perlu memaklumkan tarikh, masa dan lokasi penggunaan letupan mercun dan bunga api kepada pihak berkuasa, katanya.
Wan Abdul Bari berkata, langkah itu bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam selain mengelakkan kekeliruan kepada anggota Pos Kawalan Keselamatan Hadapan akibat daripada bunyi letupan mercun dan bunga api. – Bernama