Eskalator meletup, pengunjung cemas

by SM Amin

Mengikut pemilik Facebook Aduni Din, beliau dimaklumkan perkara itu oleh kawan anaknya yang berada di tempat kejadian.

“Escalator meletop di Pandan Kapital Pandan Indah! Bahaya tul… Kawan anak citer dia ada ditempat kejadian.

“Ada satu pakcik itu. Lepas tinggalkan beberpaa saat je, tangga itu meletop. Subhanallah.. takutnya… Berdoalah kita agar terhindar dari kejadian yang tak diingini sebgini,” tulis beliau.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Pandah Indah mengesahkan perkara tersebut.

Jelasnya pihak pengurusan pusat beli-belah itu ada memaklumkan berhubung kejadian kira-kira pukul 1 petang Selasa itu.

“Kami hanya dimaklumkan mengenai insiden tersebut untuk direkodkan sahaja dan tiada tindakan diambil kerana pihak pengurusan mampu menanganinya,” katanya.

Katanya lagi, tiada kemalangan jiwa atau mangsa tercedera dilaporkan.

Related Articles