Kesemua pekerja kontraktor berkhidmat di sekolah sekitar Ipoh sebagai pencuci, pengawal keselamatan dan pekerja kebun di sekolah. Mereka mendakwa gaji bulanan mereka tidak dibayar majikan yang menggaji mereka sejak Mei hingga sekarang.
Mereka difahamkan digaji dibawah sebuah syarikat kontrak Time Medi Enterprise dan bekerja di sekolah secara kontrak, menurut jurucakap Pasti Sosialis Malaysia Raani. Syarikat itu juga didakwa dilantik oleh kementerian pendidikan dan pemilik syarikat itu menghilangkan diri sejak Mei lalu.
Aduan telah dibuat kepada Jabatan Pendidikan di kawasan Ipoh sebelum dinasihati supaya meneruskan kerja. Dakwa pekerja itu, pegawai pendidikan yang menerima adun berjanji untuk membantu menyelesaikan gaji tertunggak mereka yang belum dibayar itu.
“Tetapi masih belum menikmati gaji tertunggak kami dAN terpaksa datang ke kementerian kali ini untuk meluahkan masalah,” kata Raani.
Setiap pekerja difahamkan mempunyai tunggakan gaji antara RM8,000 hingga RM9,000 yang perlu dibayar majikan mereka. Aduan berbentuk dokumen diterima oleh Pegawai tertinggi dari bahagian hartanah Kementerian itu dengan berjanji mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini. – Malaysia Nanban