Empat maut, 40 cedera masjid di Afghanistan dibom

Jurucakap gabenor wilayah Nangarhar, Attaullah Khogyani berkata letupan itu berlaku ketika solat Jumaat di daerah Rodat, berhampiran ibu kota wilayah Jalalabad.

Beliau berkata masjid ketika itu penuh kerana umat Islam sedang menjalani ibadat puasa.

Khogyani berkata, angka kematian dijangka meningkat kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal. Aktiviti pemberontak dan jenayah tinggi di Nangarhar, di mana awal tahun ini Taliban terbabit dalam pertempuran sengit dengan kumpulan lelaki bersenjata yang mendakwa setia kepada kumpulan IS.

Pemberontak dari kumpulan-kumpulan lain yang berpangkalan di Pakistan juga diketahui beroperasi di wilayah itu. – Agensi

Related Articles