Elakkan isu perkauman dalam pendidikan dan sukan, gesa Saravanan

Beliau berkata penglibatan golongan pemuda dalam kegiatan berfaedah seperti sukan dapat melahirkan insan yang bermoral, berpemikiran baharu selain melahirkan semangat keyakinan diri bagi menghadapi sebarang cabaran dalam masa hadapan.

“Kementerian ini juga kini menjadi jambatan hubungan yang hebat bagi remaja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menunggang Motorsikal Berkuasa Tinggi Sejauh 100km dari Putrajaya ke Brickfields bersempena sambutan Hari Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, Saravanan turut bercadang untuk menganjurkan program yang sama dalam skala yang lebih besar pada tahun hadapan. –Makkal Ossai

Related Articles