16
Tertuduh yang juga pengusaha gudang, Liu Poh Hong, 35, dan pengarah syarikat ejen penghantaran, Tan Siew Ping, 33, didakwa terbabit mengelak duti kastam membabitkan rokok berjumlah RM2,072,000.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira jam 11.30 pagi pada 13 Julai lalu di Gudang CFS 2, Pelabuhan Barat.
Berikutan itu, kedua-dua tertuduh didakwa di hadapan Majistret Mariam Maran Abdullah mengikut Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967.
Jika sabit kesalahan, mereka boleh didenda antara 10 hingga 20 kali ganda nilai duti atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali.
Kes dikendalikan Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Abdul Rasyiddi Ab Drahman, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Ismail Badiuzzaman. -BH Online