Eksekutif HSBC mengaku tak bersalah manipulasi tukaran asing

Pengakuan tidak bersalah oleh Mark Johnson, warga Britain yang pada ketika penangkapannya bulan lalu adalah ketua global perdagangan tunai tukaran asing di HSBC, dibuat peguam di mahkamah persekutuan di Brooklyn.

“Beliau mengaku tidak bersalah kerana beliau tidak bersalah.

“Beliau tidak melakukan apa-apa yang salah,” kata Frank Wohl, peguam Johnson.

Johnson dan Stuart Scott, bekas ketua perdagangan tunai bagi Eropah, Asia Barat dan Afrika di HSB, dipercayai orang pertama berhadapan tuduhan jenayah di Amerika Syarikat (AS) susulan siasatan ke atas manipulasi tukaran asing di bank.

Siasatan itu menjurus kepada empat bank mengaku bersalah tahun lalu. HSBC tidak termasuk dalam empat bank terbabit, tetapi pada 2014 bersetuju membayar AS$618 juta bagi menyelesaikan siasatan berkaitan oleh pihak berkuasa AS dan British.

Pendakwa raya berkata Johnson dan Scott pada 2011 menyalah guna maklumat diberikan pelanggan yang melantik HSBC untuk menukar AS$3.5 bilion ke dalam pound British.

Defendan kemudiannya menggunakan maklumat dalaman untuk berdagang sebelum transaksi dilakukan, menyebabkan kenaikan nilai mata wang yang memberi kesan negatif kepada pelanggan HSBC terbabit, kata pendakwa raya. – Reuters

Related Articles