Dzulkifli angkat sumpah Ketua Pesuruhjaya SPRM

Dzulkifli yang merupakan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang ke 12 tiba di Istana Negara kira-kira pukul 9 pagi.

Majlis angkat sumpah tersebut adalah selari dengan Seksyen 5 (7) Akta SPRM 2009 yang mana setiap Ketua Pesuruhjaya yang dilantik perlu mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

Selepas majlis tersebut, Dzulkifli turut menyertai sesi bergambar secara berkumpulan bersama Yang di-Pertuan Agong.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Dato’ Razali Ibrahim, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Pengurusan & Professionalisme) Dato’ Sri Jamidan Abdullah, Pengarah Siasatan SPRM, Dato’ Azam Baki, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil dan Pengarah Bahagian Dasar, Perancangan dan Penyelidikan, Idris Zaharudin.

Dzulkfili dilantik bagi menggantikan bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dr Abu Kassim Mohamed.

Abu Kassim berehat dari jawatannya itu selepas memohon untuk tidak meneruskan perkhidmatan beliau bersama suruhanjaya berkenaan.

Beliau kini ditempatkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) selaku Pakar Perunding Integriti di Fakulti Undang-undang.

Related Articles