Pengumuman mengenainya dijangka dibuat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr Ali Hamsa pada Jumaat.
Difahamkan pelantikan Dzulkifli yang juga Pengarah Pasukan Penguatkuasa Pemulihan Hasil Negara, Jabatan Peguam Negara telah dibentangkan pada mesyuarat Kabinet pada Rabu lalu.
Sumber memberitahu mStar Online, pelantikan Dzulkifli yang ditawarkan perkhidmatan secara kontrak itu berkuat kuasa pada 1 Ogos ini
Menurut sumber itu, peguam berusia awal 50an itu adalah antara calon yang dinamakan sejak beberapa bulan lalu untuk menggantikan Abu Kassim.
“Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim juga dikatakan calon berpotensi untuk mengisi jawatan berkenaan tetapi beliau telah menolak perkara itu.
“Jadi, seorang lagi calon adalah Datuk Dzulkifli dan tentunya beliau layak,” kata sumber itu lagi.