DUN Selangor tegang, ADUN PKR bertelagah sesama sendiri

Ketegangan bermula apabila Yaakob mempersoalkan langkah kerajaan negeri bagi menangani masalah pencemaran air Sungai Semenyih yang berulang kali sehingga mengakibatkan pusat rawatan air terpaksa ditutup.

Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh menjelaskan kepada Yaakob bahawa persoalan itu telah dijawab sebelum ini ole Elizabeth dan tidak perlu ditanya berulang kali.

Tidak puas hati dengan pendirian Speaker, Yaakob bangkit menegaskan beliau mahu tahu langkah yang lebih tegas diambil oleh kerajaan negeri supaya insiden yang sama tidak berulang.

Elizabeth kemudiannya bangun mencelah dan mengkritik Yaakob yang tidak hadir sidang DUN sebelum ini ketika beliau membuat penggulungan berhubung isu tersebut.

“Sebelum hendak bawa isu masuk (ke dalam DUN), hadirlah dengar penggulungan, dengar jawapan… mana (ADUN) Kota Anggerik semasa saya jawab soalan seperti ini?

“Saya sudah jawab semua (berkaitan isu pencemaran) 45 minit semasa penggulungan, bila kerajaan negeri jawab, ambillah perhatian.

“Kita bertungkus-lumus beri jawapan tepat, kita sudah beri jawapan sejak hari kedua (sidang DUN) apa yang kerajaan negeri buat,” tegasnya dengan nada tinggi.

ADUN PKR-Seri Andalas, Dr A. Xavier Jayakumar kemudian bangun mempertikaikan cara Elizabeth sebagai Exco menjawab persoalan dengan nada marah dan tertekan.

Tanpa mempedulikan Xavier, Elizabeth meneruskan hujah mana-mana ADUN yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan isu itu boleh merujuk kepadanya memandangkan beliau telah berulang kali menjawab perkara berkenaan pada sidang DUN kali ini.

Related Articles