DUN Sarawak dijangka bubar 7 April

Menurut sumber, tarikh itu sememangnya sudah ada dalam perancangan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem yang akan memohon perkenan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud.

Difahamkan, Ketua Menteri sudah bersedia membubarkan DUN dalam masa terdekat ini kerana ‘mood’ pegundi juga dilihat memihak kepada Barisan Nasional (BN).

Adenan dikatakan yakin mampu mempertahankan kerajaan BN Sarawak, malah yakin akan dapat membentu kerajaan dengan majoriti makin besar.

Sementara itu menurut BHOnline, Adenan dijangka akan mengadakan pertemuan dengan Abdul Taib di Astana Negeri, Kuching, esok.

Sumber berkata, pertemuan sebelum mesyuarat Kabinet negeri itu dipercayai bagi membincangkan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak.

Spekulasi itu bertambah kuat apabila Adenan dalam ucapan pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Suarah Bau di sini, hari ini turut membayangkan beliau akan menemui Abdul Taib dalam masa terdekat.

“Tidak lama lagi, saya akan berjumpa Yang di-Pertua Negeri untuk meminta beliau membubarkan DUN Sarawak supaya kita dapat mengadakan pilihan raya negeri.

“Selepas DUN dibubarkan, Speaker (Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar) akan memaklumkannya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya sambil menerima tepukan lebih 7,000 hadirin.

Related Articles