Dulu The Rakyat Post.my. kini Smasanews.com

by SM Amin

Namun begitu, matlamat dan objektif kami masih sama, melaporkan berita semasa tanpa prejudis dan berat sebelah dalam memenuhi kehendak pembaca-pembaca kami sekalian.

Selain itu, The Rakyat Post.my dan Smasanews.com adalah entiti yang sama tanpa sebarang perubahan dalam laporan mahupun sidang editorialnya.

Kami akan terus memuaskan kehendak pembaca yang menginginkan sesuatu yang segar dan sumber yang sahih dalam mendapatkan berita terkini.

Editorial kami juga turut menambah ruangan Media Tamil untuk membolehkan segenap lapisan masyarakat dan bangsa menikmati bahan berita tanpa halangan dan kekangan bahasa kerana matlamat kami adalah setiap berita harus dinikmati segenap lapisan masyarakat.

Beberapa penambahbaikan dan penambahan ruangan berita adalah untuk membolehkan anda menikmati bahan-bahan bacaan yang berilmu dan bermaklumat.

Sokongan pembaca yang tidak berbelah bahagi kepada kami amat diharapkan kerana tanpa sokongan anda, Smasanews.com tidak akan berada di sini, hari ini.

Editorial
Smasanews.com

Related Articles