Dua wanita rugi RM1.12j diperdaya sindiket African Scam

Ketua Polis Melaka, Datuk Ramli Din, berkata kedua-dua wanita berkenaan kerugian sebanyak RM721,935 dan RM402,000 sebelum ini telh membuat laporan di Balai Polis Tengkera, di Ayer Keroh dua minggu lalu.

Jelasnya pensyarah wanita itu menjadi mangsa selepas berkenalan dengan seorang lelaki mendakwa warga Amerika Syarikat yang ingin membeli hadiah dan membuat laporan polis pada 12 Ogos membabitkan 10 transaksi.

Manakala seorang lagi mangsa iaitu suri rumah dikatakan terperangkap dengan janji manis seorang lelaki yang mendakwa warga negara United Kingdom.

“Suri rumah itu mendakwa dia berkenalan dengan lelaki yang mendakwa warga United Kingdom serta menjalankan perniagaan import dan eksport di Qatar selain berdepan masalah, menerusi laman sembang sosial.

“Mangsa terpedaya dengan pelawaan lelaki berkenaan untuk bekerjasama dengannya dengan melakukan sebanyak 29 transaksi sejak Februari hingga Julai lalu sebelum membuat laporan polis pada 11 Ogos lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Bukit Beruang, di Ayer Keroh pada Rabu.

Related Articles