16
Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Fuad Abd. Latiff yang berkata, kedua-dua tahanan itu bagaimanapun berjaya ditahan semula.
“Seorang tahanan yang berumur 28 tahun berjaya ditahan di pintu pagar balai polis tersebut manakala seorang lagi ditahan empat jam selepas meloloskan diri.
“Dia ditahan ketika cuba melarikan diri ke dalam sungai di Jeram,” katanya ketika ditemui pada Majlis Korban peringkat Ibu Pejabat Polis Shah Alam pada rabu.
Fuad berkata, dua tahanan itu ditahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.