16
Kedua-duanya yang berusia 54 dan 51 itu ditahan di pejabat mereka di Kota Kinabalu, Sabah kira-kira pukul 9.15 pagi Selasa.
Turut dirampas wang tunai bernilai lebih RM3 juta yang disimpan dalam peti besi di pejabat salah seorang pegawai kanan tersebut.
Menurut sumber, kedua-dua pegawai kanan yang berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaaan yang mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai lebih RM3.3 bilion sejak tahun 2010 itu telah memonopoli kesemua projek dan diserahkan kepada adik-beradik mereka, memetik laporan Kosmo Online.