Dua maut tsunami landa New Zealand

Satu amaran dikeluarkan menunjukkan ketinggian Tsunami mencecah antara tiga hingga lima meter.

Menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan dan Pertahanan Awam New Zealand, gelombang pertama Tsunami berlaku di Kaikoura kira-kira pukul 2 pagi Isnin waktu tempatan (9 malam Ahad waktu Malaysia).

Sekurang-kurangnya dua maut manakala banyak kediaman musnah akibat gempa bumi yang kuat dilaporkan.

Perdana Menteri negara itu, John Key mengesahkan kematian dua mangsa setakat ini.

Beliau mengarahkan satu helikopter tentera ke Kaikoura berikutan wilayah itu terputus hubungan akibat gempa bumi.

Pertahanan Awam memberi amaran bahawa gelombang Tsunami akan berterusan dan penduduk di pantai timur negara itu diarahkan berpindah ke kawasan lebih tinggi. – Mail Online

Related Articles