Dua lelaki tukar pengakuan tidak bersalah letupan Movida

Tertuduh Imam Wahyudin Karjono, 20, yang merupakan penganggur dan Jonius Ondie @ Jahali, 24, bekerja sebagai operator kilang menukar pengakuan kepada tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Hakim Azwarnida Affandi.

Pada 25 Julai lalu, Imam Wahyudin dan Jonius mengaku bersalah atas lapan pertuduhan membaling dan meletupkan bom tangan yang menggunakan fius lever jenis ‘Fuze M213’ dan telah menyebabkan kecederaan terhadap lapan mangsa.

Mereka didakwa dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu akan menyebabkan kecederaan dan kematian.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan perbuatan tersebut di pusat hiburan Movida Boulevard Sdn. Bhd., Lot G2 & G3, Tingkat Bawah, IOI Boulevard, Jalan Kenari, 5, Bandar Puchong Jaya, Puchong kira-kira pukul 2 pagi, 28 Jun lalu.

Related Articles