Dua lelaki maut ditembak di Narathiwat

Bangkok Post yang memetik kenyataan polis tempatan melaporkan, salah seorang daripada mangsa ditembak di depan rumahnya di daerah Waeng dekat sini oleh seorang lelaki yang berpura-pura mahu bercakap dengannya.

Sementara itu, seorang lagi mangsa pula ditembak sebanyak dua kali di bahagian kepala di sebuah ladang getah di Rueso.

Menurut polis, motif kedua-dua pembunuhan itu masih disiasat.

Related Articles