Dua kanak-kanak lemas di Lahad Datu

SHAH ALAM: Dua kanak-kanak ditemui lemas pagi tadi ketika mandi di sungai Kampung Tabanak, Lahad Datu.

Seorang daripada dua kanak-kanak 11 tahun itu meninggal dunia sekitar 4 pagi tadi, ketika menerima rawatan di Hospital Lahad Datu.

Mayat mangsa kedua ditemui abangnya pada 11.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata lapan anggota dan pegawai bersama tiga jentera termasuk bot penyelamat digerakkan selepas panggilan kecemasan diterima pada 4.39 petang semalam.

“Operasi turut dibantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Jabatan Hidupan Liar (JHL) Lahad Datu.

“Sebaik tiba, pasukan bomba dimaklumkan orang kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di sungai berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. -Harian Metro

Related Articles