Dr Mahathir tiada isu dengan Anwar, kata setiausaha agung Perkasa

Syed Hassan berkata, dalam usaha untuk menjatuhkan pemimpin negara yang bersalah, tidak menjadi kesalahan untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak dan usaha menjatuhkannya perlu dilakukan dengan cara yang halal.

“Dengan AI (Anwar Ibrahim) dah tak ada isu lagi. Kerja Tun dah selesai pastikan peliwat tak jadi PM. AI nak marah ke, berdendam ke, keluarga AI benci ke… Orang nak marah ke……percaya atau tidak kepada Tun ke isu liwat dulu, bukan urusan Tun M lagi.

“Orang nak kata kat Tun muka tebal tak malu bersalam dengan AI ke….sokong AI pulak di Mahkamah kes Akta MKN itu hal penting perlu lakukan ke, biarlah.

“Yang penting sekarang jatuhkan pemimpin perosak Bangsa dan Negara. Tak kira bekerjasama dgn siapa. Asal tidak kerjasama dengan syaitan seperti kata Arwah Tok Guru Nik Aziz (Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) itu boleh, tidak sama sekali,” katanya, memetik posting di laman Facebook miliknya.

“Sebab kerjasama dengan syaitan tu tak betul sebab akan lakukan hal-hal salah nak jatuhkan pemimpin yang bersalah. Nak jatuhkan pemimpin yang tak betul mesti kena buat dengan cara yang halal.”

Beliau turut berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang masalah dengan tindakan Dr Mahathir yang bersama-sama pemimpin pembangkang memberi sokongan kepada Anwar di mahkamah semalam kerana mereka memahami perjuangan Dr Mahathir.

“Jadi kami tiada masalah. Kami faham perjuangan Tun. AI dan keluarga dan penyokong-penyokongnya nak kata apa katalah. Allah maha mengetahui. Ni namanya pemimpin bukan pentingkan diri sendiri. Biar apa pun cemuhan dia tak akan ambil peduli.

“Yang penting masa depan negara perlu selamatkan dari seorang pemimpin yang hanya tahu salah gunakuasa sahaja. Bukan tahu bangunkan negara pun. Allah permudahkanlah usaha semua pihak yang mahu selamatkan negara ini,” katanya.

Related Articles