VIDEO: Dr Mahathir seru rakyat Malaysia sertai demonstrasi Bersih 5

Mantan Perdana Menteri itu dalam video ringkas berdurasi 1.40 minit tersebut turut dilihat memakai baju kemeja-T kuning dengan tulisan Bersih 5 dalam video baharunya.

“Malaysia sekarang berada dalam keadaan cemas kerana pentadbiran (Perdana Menteri) Najib (Razak) menyebabkan negara berhutang berbilion ringgit yang tak dapat dibayar oleh kerajaan dan negara,” kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu.

“Kita perlu menunjuk perasaan tidak puas hati kita kepada kerajaan melaui penyertaan demonstrasi oleh pihak Bersih di Dataran Merdeka dan juga di tempat-tempat lain yang ditentukan,” katanya.

Tahun lalu, Dr Mahathir bersama isterinya Dr Siti Hasmah membuat kenjutan apabila menyertai demonstrasi Bersih 4 di ibu negara.

Perhimpunan Sabtu ini bertujuan memberi tekanan kepada Najib supaya meletakkan jawatan susulan kontroversi skandal membabitkan syarikat pelaburan strategik Kementerian Kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagaimanapun telah memberi amaran akan menggunakan gas pemedih mata dan meriam air bagi meleraikan sebarang kekacauan pada perhimpunan itu.

Ketua Gerakan Baju Merah Jamal Yunus turut dijangka menganjurkan demonstrasi balas susulan demonstrasi Bersih 5.

https://www.youtube.com/watch?v=qX9OIYYRcbM

 

 

Related Articles