DOSH kenal pasti punca jambatan Mid Valley runtuh

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH), Datuk Ir. Mohtar Musri, berkata siasatan awal mendapati kemungkinan isu kualiti bahan binaan dan masalah pada reka bentuk struktur jejambat menjadi punca berlaku kejadian berkenaan.

Jelasnya, perkara ini akan dirujuk kepada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Kita memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya yang membabitkan kematian, sama ada pekerja mahupun orang awam.

“Tindakan perundangan akan diambil sekiranya didapati terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994) dan Akta Kilang dan Jentera (1967) ke atas pihak yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Katanya, DOSH turut mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas aktiviti pembinaan di lokasi terbabit dan masih meneruskan siasatan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian itu.

Related Articles