Doktor mengaku tidak bersalah sebabkan kematian menantu TPM

Pengakuan itu dibuat di hadapan Hakim Zainal L Salleh selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Tertuduh Ting Teck Chin, 36, didakwa menyebabkan kematian Syed Alman, 44, di Pusat Pakar Pergigian Imperial, di Lot 62 & 64, Jalan Telawi, Bangsar, jam antara 6 petang hingga 9.05 malam, pada 1 Jun lalu.

Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan, yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbaz menawarkan jaminan berjumlah RM20,000.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, Datuk K Kumareandran bagaimanapun tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap tawaran jamin berkenaan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan 17 Oktober depan untuk sebutan semula kes.

Related Articles